Datuk Kamarulazli Bin Jaafar merupakan Pengarah Jejak Mega Sdn Bhd dan telah terbukti menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya dan telah dilantik sebagai Perunding untuk koperasi.
Beliau juga memegang Diploma dalam bidang Perakaunan dati Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau telah memenuhi syarat kelayakan diploma dari tahun 1984 – 1987. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pegawai bank dia Malayan Banking Corporation pada tahun 1982. Pada tahun 1987 -1990, beliau telah berkhidmat di Moccis Trading sebagai Pegawai Eksekitif.
Pada tahun 1990, beliau telah menubuhkan syarikat pertamanya iaitu KAT Trading Sdn Bhd dan MOCCIS Trading telah melantik KAF Trading untuk menjadi pemegang francais untuk Moccis (1990 - 2003). Pada tahun 2003, beliau telah menubuhkan syarikat keduanya, Jejak Mega Sdn Bhd dan beliau merupakan Pengarah sehingga kini (2003 - kini).
Jejak Mega Sdn Bhd berurusan dengan koperasi dengan memberi pinjaman kepada kakitangan kerajaan mengunakan pinjaman daripada bank tempatan sehingga RM50,000,000.00.