Chong Kah Khen memiliki Ijazah Undang-Undang daripada University of Leeds, United Kingdom di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Beliau telah memenuhi syarat dengan LLB (Hons) pada tahun 1995. Setelah menerima sijil dalam praktik undang-undang, beliau beekerja sebagai Penolong Pengarah di Universiti Telekom bertugas untuk merangka perlembagaan dan undang-undang kecil universiti tersebut.
Beliau telah menyertai M/s Shareena Abdullah & Lim dan telah “called to the bar” pada 30 Mei 1998. Beliau kemudian menjadi rakan kongsi di firma tersebut. M/s Shareena Abdullah & Lim adalah sebuah firma di Melaka yang berfokus kepada hal-hal korporat, “conveyancing” serta perbicaraan sivil, yang juga merupakan bidang praktik yang dilakukan oleh beliau.
Beliau telah menarik diri dari firma tersebut pada 15 Ogos 2001 dan telah menubuhkan firma miliknya dengan nama pendaftaran M/s Chong Kah Khen & Co pada 16 Ogos 2001. Beliau kemudian berkerjasama dengan En Mokhzani Harris Bin Mohd Dali untuk menubuhkan firma kami pada 4 Oktober 2001.